Friday, 2 October 2009

Selamat Hari Raya

"Ucapan Raya Yang Terlambat"




Kami anak-anak Malaysia yang bekerja di Zoo Negare Afrika Selatan (ini aku tipoo) ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin

kepade keluarga kami yang berada di Jitra, Kedah dan kawan2 serta teman2 istimewa yang berada di seluruh Malaysia! Kami syg kamoo semua! Hahahah..(sorry sebab lambat update).

Sunday, 2 August 2009

Mansuh Ai Ass A - Hilang Akal Ke?

1st sekali aku nak ucapkan selamat kembali ke dunia belog pada diri aku sendiri, 3 bulan aku tak sentuh blog ni..isk isk isk, rindu tu sudah pasti ah! Tapi ape bleh buat, BABI punya angkara la smpai aku xde mase untuk berbelogging. Kebetulan 2-3 hari ni tengah hangat isu kumpulan-kumpulan tertentu kat negara kita ni dah mule nak buat onar persis zaman isu sontot menyontot seorang ahli poliTIKUS tidak lama dulu. Ape-ape pon sile tatap video dari youtube yang sempat aku copy..



Okeh...dah puas tengok? Korang perasan tak ade imej2 tersembunyi kat dlm video tu? Lalalala..sape yang xnampak tandenye nyawe korang pendek. Hahaha, juz joking..

Ok-ok, biar aku listkan apekah perkare2 yang tersembunyi di sebalik video di atas : -

Pertama - Mostly makhluk2 yang dalam video tu (tolak pembace berite) adelah berkopiah dan berjubah serta melaungkan kalimah yang cukup agung "ALLAHHUAKBARRR!", yang mana semua dari kita sedar kat Malaysia ni hanya kaum MELAYU dan ISLAM je yang berpakian sedemikian (tak semue) dan mampu melaungkan kalimah agung itu dgn nahu yang sempurna (kaum lain pon ade yang bleh sebut kalimah agung tu, tapi tak senyaring orang-orang MELAYU la). Tidak kelihatan pon ade makhluk yang memakai "ihram" kaler oren (sami BUDDHA), mahu pun makhluk yang hanya berkain putih dan tidak berbaju (sami HINDU) atau pon makhluk yang berjubah kaler hitam smbil memegang erat simbol agame beliau (paderi KRISTIAN). Selesai bab imej..

Kedua - Perasan tak stesyen TV ape yang buat liputan tu? yaaa..ALJAZEERA namanya, stesyen TV milik arab yang paling luas buat liputan (astro pon xsehebat diorang), smpai ke satu dunia diorang punya siaran. Bangge gile makhluk2 yang berkumpul ramai-ramai tu, muke masuk TV beb, satu dunia tgk! Tapi sayangg...xubah mcm nagara jiran kite, natijahnya..pelancong takut nak datang. Malaysia Trully Asia dah tercapai..Thailand, Indonesia, Myanmar, Filipina dan terbaru sekali Malaysia pon dah join negara-negara asia yang rakyatnya gemar berpeleseran di jalanan secara beramai2. Nasib baik pembaca berita tu tak mention "Most of them are..MALAY", memang MELAYU makin gah di pentas dunia ah kalau die sebut..hahaha

Ketiga - Makhluk-mahkluk yang tengah bangga beraksi (bak pemuda-pemuda Palestin yang sedang bertempur dgn tentera-tentera Zionis Chelaka) menentang bapak-bapak polisi yang kebanyakkannye pon "orang-orang kita" jugak, kebanyakkannye adelah muda-mudi yang aku yakin adalah penuntut-penuntut IPT. Sebab ape aku cakap semue tu adelah para pelajar yang bijak panadai? Hanya mereka-mereka yang cerdik pandai jek yang akan terlibat dengan semua aktiviti-aktiviti macam ni sebabnya untuk melibatkan diri dalam acara besar macam ni memerlukan daya pemikiran dan kewarasan akal yang tinggi. Ingat senang ke? Kang kalau kene tahan ngn polis, kene ah pandai menjawab kat dalam lokap. Budak bodoh bangang jarang nak join2 aktiviti macam ni, macam mat-mat rempit yang bangang tu..bagi diorang, daripada join bende2 mcm ni baik diorang merempit sambil pikir camne nak mampus atas jalan dengan gaya yang paling kacak. Oppss, tambahan..dan pelajar2 yang ade kat dlm video tu pon ade lah MELAYU jugak yang kebanyakkannye adelah peminjam2 Ah Long berlesen (PTPTN). Aku dpt maklumat mana-mana pelajar yang bijak pandai ni yang kena tahan mase perhimpunan tu kene bayar RM3k sebagai ikat jamin. Hurrmm..PTPTN kan ade, gune je la..xcukup duit untuk sem ni mintak je kat mak bapak.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
So setakat tu jek yang bleh aku listkan, xlarat nak listkan banyak-banyak..nanti mcm mengaibkan kaum sendiri plak. Hishhh...

P/S : Tahniah kepada poliTIKUS-poliTIKUS berkenaan yang kononnya memperjuangkan nilai-nilai sebenar DEMOKRASI YANG INFINITIF walhal, berbayangkan agenda peribadi tersendiri. Jangan memperjudikan nasib Bangsa sendiri hanya kerana untuk kepentingan ideologi anda! Jangan dilupakan tuntutan-tuntuan HINDRAF dan jangan dilupakan Tragedi 13 MEI..jika bukan kerana I.S.A, MALAYsia bukan seperti Malaysia Hari Ini. Peace!






Thursday, 30 April 2009

Babi ko Babi

*Ingat buat muke mcm tu cute sgt ah!*

Engkau ni memang Babi la, sebab engkau la aku tak dapat cuti hujung minggu ni!

Babi ah engkau, sebab engkau jugak aku kene on-call smpai minggu depan!

Amat la Babi perangai engkau, harap muke je cute tapi bawa masalah kat aku ngan semue umat manusia sejagat!

Aku geram betul kat engkau la Babi! Sebab engkau jugak bos aku si alex tu hari-hari carik aku, suruh buat itu buat ini. Selame ni hidup aku aman je tau tak!

Engkau ni betul-betul perangai Babi la, engkau nak selesema sekor-sekor dah la..yang engkau nak jangkit ngan umat manusia ni pehal!

Isk..aku tak puas ati betul ah dengan engkau ni, Babi betul engkau!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ehem..maaf ye kawan-kawan, ayat di atas hanyalah luahan hati kecil aku terhadap seekor makhluk yang bername Babi ni. Jika orang yang tak tau maybe korang ingat apeke gile si apexhuhu ni bengang sangat ngan babi, ape la salah makhluk comel itu smpaikan aku tak habis-habis mencarut. Sebenarnya skarang ni Babi dah sgt berkaitan ngn aku, sebab makhluk tu la penyakit Swine Flu atau dlm bahasa mudahnya Selesema Babi dah mule merebak. Dan kebetulan pulak keje aku ni mengontrol anda-anda diluar sana dari terjangkit denga penyakit-penyakit macam Selsema Babi ni. So korang nyenyak tido n bergumbira keluar dating, aku kene on call tgh mlm dan kene duty pade hujung minggu yang mana sepatutnye aku spend mase untuk kekaseh hati. Haishhh...tak pe2, semue tu berkhidmat untuk negara.(penyedap hati)


Swine Flu @ Selesema Babi

Penyakit selesema babi atau dalam istilah perubatannya swine influenza A H1N1 ni takde la bahaya sangat, sangat mudah menyerang atau berjangkit di kalangan penduduk dunia kerana tubuh badan kita tak mampu bertahan untuk melawan virus influenza A yang baru ni. Tetapi dalam tak bahaya2 pon dah beratus org 'pergi meninggalkan dunia' nun kat Mexico.

Haa...Kementerian Kesihatan Jajahan Mexico ni pon aku bengang jugak, ape halnye sampai skrang diorang xjumpe2 punce kat mane Penyakit Babi Haram tu! Ni dah masuk 3 minggu dah, tapi smpai skrang diorng dah mcm hilang pedoman. Merelakan sahaja Rakyat diorng mati katak macam tu jek, takkan la bile dah merebak satu dunia baru terhegeh2 nak mintak tolong negara lain! Nasib baik la Malaysia tak amalkan mcm tu, dalam duk sektor2 tertentu dlm Malaysia mengata macam2 kat badan-badan kerajaan ni (kementerian kesihatan khususnya)..xde lagi la nyawa rakyat negara ni yang diabaikan mcm tu saje. Syukur laa...amin..

So kalau anda-anda yang bace blog aku ni ade symptom atau tanda-tanda yang akan aku senaraikan, silelah kunjungi rumah-rumah sakit yang berhampiran dengan kediaman korang dengan segera supaya nanti tidak lah kita menerima nasib yang serupa macam Mexico tu.

Tanda-tanda :
  • Demam yang melebihi 38 C (bukan buat-buat demam)
  • Sakit tekak yang melampau (macam nak terkeluar anak tekak)
  • Sakit kepala (bukan sakit kepala mcm nak jawab exam)
  • Letih dan Lesu
  • Sakit-sakit badan (sakit badan pas bergaduh @ bertumbuk tak dikire)
  • Batuk teruk yang tidak berkahak

Thursday, 16 April 2009

Facebook...perlukah?

*imej yang dipaparkan hanya la sekadar hiasan*

Aku perhatikan sekarang ni Facebook sudah semakin menjadi trend terkini , Friendster dan Myspace sudar semakin pudar barangkali. Masa zaman tgh study dulu, aku ada akaun Friendster n Myspace, dan sehingga sekarang salah satunya dah tak wujud lagi. Hehehe, yang tinggal sekarang ni juz Myspace jek tu pon aku jarang-jarang bukak. Mungkin nafsu aku pada kedua-dua media untuk mempromosikan diri yang perasan ini telah hilang gamaknye. Maklumlah, umur pon dah meningkat, banyak yang hendak direncanakan demi masa depan diri. Dewasa ini aku perhatikan ramai di antara mereka yang mempunyai akaun Friendster dan Myspace telah beralih ke laman Facebook sedangkan kedua-dua akaun lain masih aktif. Setakat ni aku tidak nampak lagi perbedaan Facebook dengan lain-lain web soSIAL yang ada, melainkan satu je tujuan..iaitu untuk 'Mempromosikan Diri yang Perasan ke tahap yang tertinggi'.

Ops...sebenarnya ayat yang aku besarkan tulisannya itu tidak lah ditujukan kepada sesiapa melainkan kepade diriku sendiri jua. Hehehe..Aku pon pernah muda rumaja macam orang lain jugak, tak terlepas dari sifat semulajadi yang ada dalam diri untuk mepmromosikan diri yang perasan. Tapi tu dulu, bile dah meningkat dewasa ni..mase depan diri sendiri amat diutamakan, bukan dunia glamour yang dicari lagi. Heheh..

Tetapi..ketinggalan atau kuno kah seseorang itu jika dia tidak mempunyai akaun Facebook.? Aku tuliskan artikel ini khas untuk mereka yang was-was dan sering tertanya-tanya perlukah aku terikut ikut dengan trend Facebook ini. Dah lame aku tinggalkan penulisan berkisarkan pendapat ni..heheh

*Kepada anda-anda diluar sana yang mempunyai sebab yang tersendiri untuk memiliki akaun Facebook, ignore jek entry aku kali ini dan teruskan usaha anda..aku kagum dengan kesungguhan anda semua kerana tidak jemu-jemu untuk mempromosikan diri.

Maka, dengan ini aku kemukakan satu je sebab mengapa aku tiada akaun Facebook :

Untuk orang yang gila glamour atau popular..

Benar..cuba disoal pada mereka yang mempunyai akaun Facebook? Apakah tujuan mereka berkecimpung dalam dunia Facebook yang kian popular kini? Untuk mencari teman-teman lama yang telah terputus hubungan kata mereka, ataupun untuk menambahkan lagi kenalan di setiap ceruk dunia, dan jawapan yang paling menarik adalah untuk mencari pasangan hidup tidak kisah la untuk stock geli-geli mahupun untuk stock bini. Itu lah alasan yang diberikan oleh spisis-spisis ini. Walau ape pun alasan yang mereka beri, tanpa disedari tujuan mereka hanya satu..iaitu untuk menjadi glamour atau popular. Untuk para remaja tidak lah dihairankan sangat kerana memang sudah tertanam dalam diri seorang remaja sifat untuk menonjolkan diri dan menarik perhatian ramai.

Begitu juga halnya dengan golongan artis, Facebook adelah salah satu medium bagi mereka untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat-peminat. Tapi bagi orang-orang kebanyakkan dan seusia seperti aku, adalah sesuatu yang janggal apabila melihat mereka bersungguh-sungguh untuk meraih glamour atau populariti di alam maya. Untuk tampak lebih trendy? atau untuk tampak hot? Hurm..hanya mereka sahaja tahu apa yang mereka sedang cari. Pada aku, terus terang aku lebih selesa dengan apa yang sedang aku amalkan sekarang, berpijak di dunia yang nyata, usah terlalu berfantasi atau berkhayal. Tak perlu mengharapkan diriku dikenali ramai, bukan status popular yang akan datang membantu aku ketika dalam kesusahan..bukan status glamour yang akan mencerahkan masa depan aku.

Jadi, kepada anda yang was-was tadi, harap ini membantu. Anda-anda sekalian tetap trendy dan up to date walaupun tanpa akaun Facebook. Jangan risau. Trust me.

Sekian lah repekan aku untuk kali ini, aku rase entry mcm ni aku dah pernah buat la..

Wednesday, 8 April 2009

Pulau Redang Bab 3 (akhir)

* rumah atuk penghulu redang *

Ok..dah smpai entry yang last sekali cite pasal trip aku ke Pulau Redang, kali ni aku betul2 janji juz akan masukkan banyak gamba, n kurangkan bebelan aku yang ngarot2..huhu, aku nak cite banyak pon actually banyak yang aku dh tak ingat. Heehe..yang aku ingat mase kat sane juz snookerling..snookerling dan snookerling lahagi!

Actually selain aktiviti harian aku dipenuhi dgn snookerling, aku jugak merajinkn diri untuk snap2 beberapa keping gamba kat sane. Rugi rasenye kalau aku xsnap2 kat Redang, bukan selalu aku dtg sini. View kat sini..memang CHANTEQUE n romantik! Rugi la sesape yang dtg sorang2 * mcm membe aku si adam LUBA tu *. Tapi nasib baik lah aku ni sorang teman sejati, xpernah pon aku biarkan die lonely sepanjang kat sane. Even nak mandi pon kadang2 die nak aku temankan, tapi permintaan die yang tu aku tak dpt nak tunaikan. * maafkan sye adamLUBA *. hehehe..

Sile lah korang menikmati pemandangan yang indah n cantek2 yang sempat aku 'lukiskan'..huhu



Dan berikut adelah gamba2 seorang "kanak2" wanita yang smpat aku curi2 amik time die tak sedar, buas betul budak ni..aku cukup risau mase tgh2 laut tu. Aku tgh sibuk2 snookerling, tgk2 die dah smpai kat tgh laut. Nak je aku biarkan die kat tgh2 tu mane lah tau kang bleh hanyut smpai g jepon. Die dah brape kali cakap kat aku nak g sane, tu yang aku nak tunaikan..tapi xsmpai hati la plak. Smpai jepon kang sape yang nak jempot die kat sane, mane ade sedare mare kat sane. Pastu kang die nak naik bus n teksi ngn ape? sebab mase tu aku tak sempat nak bg duet saku sekali. Atas dasar keperimanusiaan yang tinggi aku beberape kali berjaye halang die dari terus hanyut, tapi tu pon die degil jugak. Haish..

Apepon aku heppy dgn die..heheh, die selalu puji perot aku yang bulat ni nampak cute. dan selalu berborak dgn ia. Hahaha..nanti kite cuti2 lagi yok itex! Tapi sebelom korang salah sangke, aku bukan g berdue ye. Huhuhu..aku g redang ni ngan disertekan lagi 3 worang kawan2. Aku heppy dowh cuti2 ngn diorang semue.


* ini lah aku dan itex ku, aku nampak kurus ah dari belakang.haha *

* muke puas dpt berendam dlm air laut selame 8 jam *

Monday, 6 April 2009

Pulau Redang Bab 2

* ini Redang Reef Resort yang terbaik bg aku *

Ok..ni entry smbungan dari Pulau Redang Bab 1, entry yang ni aku xnak taip panjang2 (tapi kalau jadi panjang gak aku mintak maap ah, tangan tak bleh nak stop menaip ah)heheh. Aku juz nak masukkan banyak gamba2 yang smpat aku snap snap mase kat sane. Cite panjang2 pon xgune kalau korang tak tgk sendiri gamba keindahan Pulau Redang. So secare ringkasnye, sesampai je aku kat pulau tu..kitorang terus di jemput untuk menghadiri sesi Lunch bersame umat manusia lain. Owh lupe plak, kitorng telah berjaye mendapatkan penginapan di Redang Reef Resort yang quite nice la bg aku. Walopon xde TV, tapi kat redang..takde TV pon xpe! Live view kat sane dh cukup buat korang rase mcm xnak balik!

* Kem kaum pendatang asing di Pulau Redang*


* kami penagih-penagih snookerling *

Pas lunch, petang tu kalau ikotkan jadual kitorang ade sesi snookerling tapi terpakse tunda sebab ombak kuat. Disebabkan niat kitorang dari awl dtg Redang sebab nak snookerling, xdpat snookerl kat tgh2 laut, dapat snookerl kat tepi2 pantai pon jadi ah. Maka dlm kehujanan, basah lah kitorng kerna menyelam di dasar laut. (basah bukan kerana hujan, tapi kerana berendam dlm laut)hehehe..

1st time dlm hidup aku bleh tgk ikan berenang2 depan mate aku *walopon mate aku di lapisi dgn gogle*. Pastu bleh nmapak dasar laut yang penuh dgn batu-batu karang, n mcm2 hidupan laut yang jinak2. Xtakot ngan manusia lansung, mungkin hidupan laut kat sini dah buat deal ngn tokey2 resort untuk berjinak2 ngn kitorng. Ape habuan diorang tak tau la plak..heheh, serius aku kagom sgt mase 1st sesi snookerling anjuran kitorng sendiri tu. Tempat tu pon kebetulan jek kitorang jumpe, untuk makluman korang..xsemue pantai2 kat redang ni ade view2 yang menarek kat dasarnye. Juz kat port2 tertentu jek..

* view pantai redang yang menarek!*

* mase ombak tgh kuat mcm ni la kitorng buat aktiviti snookerling *

Friday, 3 April 2009

Pulau Redang Bab 1

Vacation Mood!!!

Yeehaaaaa (tande gumbira), aku sekarang tgh bercuti! Yeahhh cuti-cuti Malaysia..aku cuti tak jauh pon..Kat Redang jek..tapi serius, ni la percutian paling best yang penah aku lalui. Redang memang best, dengan laut biru..Coral..ikan yang jinak2, penyu2 yang tak takot dgn manusia. Satu jek perkataan yang bleh aku describe pasal Redang, AWESOME!!!

So kalau xcaye, korang bleh tgk sedirik kat gamba2 yang akan aku upload kan nanti. Sepanjang aku kat redang ni n dgn kemudahan internet yang diorng sediekan *memang best la Redang reef Resort ni*, aku akan update cite pasal redang ni start hari ni smpai hari last vacation ni. Percaye lah, korang tak payah pegi Hawaii or Bali..Malaysia ade segalenye!

Hari pertame ni aku agak letih, mau taknye..trip dari penang ke Kuala Terengganu amik mase smpai 8 jam *termasuk driver bas benti isap rokok n benti buang air*..aku tak pernah lalui trip yang makan mase mcm ni punya lama. Then smpai kat Kuala Terengganu agency yang uruskan Vacation aku kali ni dh readykan seorang PA untuk kitorng. Dibawaknye pulak kitorng ke Merang Jetty untuk naik bot ke Pulau Redang. Makan mase sejam plak tu, wah..hampir2 mabuk jalan raya aku hari.

Dalam 9.30 pagi bertolak la kitorang ke Pulau Redang..Punye la terkejut aku bile tgk pengangkutan kitorang ke Redang nanti hanye lah sebuah bot kecik yang dibine daripada gentian kaca. Kami naik bot tersebut dgn perasaan yang agak was-was n ragu2. Semue sedia maklumkan camne Ombak Laut Cine Selatan ni, ganas die lain macam skit. Sangkaan aku memang betul, start jek bot kecik ni masuk 'open sea'..aku dah rase yang perajalanan kitorng nanti amat2 lah mencabar. Aku tgk ombak yang tinggi2 dah separas ngn bumbung bot..gile cuak aku!

* ini lah bot gentian kaca tersebut *

* Bot sedang meredah ombak tinggi, mamat depan ni over happy dari awal *

Maka bermula lah perjalanan sejam aku ke Pulau Redang yang penuh liku2, terlambung2 dan terhoyong-hayang. Nasib baik la aku ni tabah dan cekal orgnye, make tiade la berlaku adegan muntah termuntah di dlm bot. Rase macho plak time tu, aku tgk mereka-mereka yang ade kat dlm bot tu semue dah jerit2 n muntah2. Mcm naik roller coster mai nak habaq! Tapi semue keperitan tu hilang sebaik saje bot kitorg hampiri Pulau Redang. Sumpah Chanteque! muntah yang aku nak tahan tadi tibe2 aku tertelan dgn secare tak sengaje.

* ini lah kaler air yang buatkan aku rase nak nyelam smbil minum *

*bersambung pade malam nanti*